Powered by Blogger.

KULIM PERDANA FAMILY GATHERING 2011

Posted by ppkp50 20 March 2011 0 comments


Bertempat di

Kulim Perdana Community Hall , KULIM PERDANA

Saturday, March 26 · 8:00am - 3:00pm

Aktiviti tahunan untuk mengiratkan lagi Siratulrahim antara residen KP, dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk Kulim Perdana. Kos penganjuran ditanggug sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk. Seekor lembu akan dikorbankan untuk santapan tengahari. Kerja-kerja penyediaan makanan adalah secara gotong-royong,Di jemput semua residen KP seisi keluarga untuk memeriahkan Majlis ini.

Untuk maklumat lanjut - sila hubungi Pihak Persatuan Penduduk Kulim Perdana.







Kepada Semua Residen KULIM PERDANA ,

Anda dijemput ke SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITHRI 2010 pada tarikh dan masa :-

Tarikh : 2hb Oktober 2010
Masa : 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi ( SAMBUTAN HARI KELUARGA )

Masa : 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ( SAMBUTAN HARI RAYA )

Kesemua residen dijemput hadir.

Menu adalah Nasi, Ayam Masak Merah, Ketupat Daun Palas, Ketupat Nasi dan Rendang. Lain-lain menu adalah secara Pot-Luck dimana setiap residen digalakka nmembawa apa sahaja makanan atau minuman ke Majlis tersebut yang akan dikongsi beramai-ramai.


SECURITY NOTICE FOR HARI RAYA

Posted by ppkp50 06 September 2010 0 comments

Tuan / Puan,

Notis Pemberitahuan

Persatuan Penduduk ingin mengambil kesempatan untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua residen yang beragama Islam, berhati-hati di jalan raya semasa memandu pulang ke kampung nanti. Sukacita dimaklumkan berikut adalah beberapa langkah keselamatan di Kulim Perdana yang akan dilaksanakan sepanjang cuti Aidil Fitri nanti:-

1. 1. Entrance Fasa 1 akan ditutup sepenuhnya bermula pada tarikh 8 Sep 2010 hingga 15 Sep 2010, semua kenderaan keluar masuk ke Kulim Perdana hanya akan melalui pintu masuk utama di Fasa 2.

2. 2. Penambahan anggota keselamatan kepada 3 orang di setiap Shift bermula pada hari Khamis 9 Sept 2010 selama seminggu. Seorang anggota keselamatan akan statik sepanjang masa di pos kawalan utama dan di pos sementara Fasa 1 manakala seorang lagi anggota akan membuat rondaan.

3. 3. Residen digalakkan untuk melaporkan diri di pondok guard semasa Check Out/In untuk pulang beraya, ini bertujuan untuk memudahkan pengawasan asset tuan/puan semasa ketiadaan tuan/puan.

4. 4. Pihak Persatuan berharap residen dapat menyalakan lampu belakang semasa ketiadaan tuan/puan nanti, tutup dan kunci pintu pagar rumah tuan/puan sebelum pulang ke kampung.

5. 5. Pemeriksaan keluar masuk akan diadakan 24 jam di pintu masuk utama bermula 9 Sept 2010, bagi mereka yang menyambut Aidil Fitri di KP dan Non muslim yang akan berada di KP sepanjang tempoh tersebut di harap dapat member kerjasama sepenuhnya kepada pengawal keselamatan kita.

Kerjasama dan perhatian dari seluruh warga KP di atas perubahan sementara ini di dahului dengan ucapan Terima Kasih. Sukacita dimaklumkan juga pihak Mirfat Security telah menyediakan motosikal khas untuk rondaan, sebuah motosikal EX-5 berwarna putih bagi memudahkan residen mengenali petugas-petugas keselamatan KP.

Akhir sekali Persatuan ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua residen yang telah memberi sokongan yang cukup baik sepanjang tempoh 5 bulan pertama AJK baru Persatuan menjalankan tugas, diharap sokongan ini akan berterusan dan pelbagai perancangan dapat di laksanakan di KP dengan sokongan tuan/puan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

UNITED WE STAND, DEVIDED WE FALL

BANTUAN DIPERLUKAN

Posted by ppkp50 02 September 2010 0 comments


Pihak Persatuan ada menerima permintaan dari Penduduk KP Puan Norizan Dollah utk memaklumkan mengenai kehilangan kucing beliau.




Sesiapa yg ada ternampak kucing ini, silalah berhubung dengan Puan Norizan Dollah di rumah bernombor 121 atau hubungi talian 019-471 7044.
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU BELIAU.

Rootweiler Dog menceroboh KP

Posted by ppkp50 29 July 2010 1 comments

July 29th, 2010 - Thursday
Seekor anjing jenis Rootweiler terlepas dari jagaan pemiliknya awal pagi tadi dan telah memasuki kawasan kediaman KP. Berikutan beberapa kes serangan yang melibat anjing jenis ini terhadap manusia, ianya telah menimbul sedikit kegemparan kepada residen yang terserempak dengan Anging tersebut pada awal pagi kejadian. Berikut adalah kronologi kejadian tersebut:-
0625am - Mr Omar Lai (Taekwondo Instructor) terserempak dengan anjing di kawasan padang permainan Fasa 2.
0628am - Beliau memaklumkan kepada Pengerusi Persatuan dan Pihak Security KP
0630am - Security membuat rondaan tetapi tidak dapat mengesan anging tersebut
0800am - Pengerusi mengesan anjing tersebut berada di antara Persiaran 1 dan 3
0805am - Laporan kedua dibuat kepada Pegawai Security KP
0810am - Security berjaya mengesan anging tersebut berada di sekitar kawasan surau dan terus memantau pergerakkannya.
0815am - Pengerusi memaklumkan kepada En Mokhtar untuk dimaklumkan kepada pihak PBT
0820am - Pengerusi memaklumkan kepada pihak Tadika di KP untuk membatalkan aktiviti luar
0926am - Pengerusi memaklumkan kepada AJK dan ex-AJK melalui email utk hebahan
0930am - Penguatkuasa PBT bersama dgn Setiausaha Persatuan (En.Izam) sampai di tempat kejadian
0943am - En Mokhtar memaklumkan kepada AJK melalui email - keadaan terkawal setelah anjing tersebut berjaya di tangkap..."Hi All, Live update from Izam - he is at KP now with all the parties involve in the operation.Dog caught and situation back to normal. The dog belongs to Loft Garden Security.Case close."
0953am - SMS dari PBT kepada En. Mokhtar " SALAM, UNTUK MAKLUMAN ANJING TADI DARI SECURITY KULIM PRIMA, DAH DI TANGKAP DAN DIKENA KOMPAUN DAN AMARAN KERAS (kepada tuan punya)"

Pihak Persatuan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam isu ini pada awal pagi tadi. Komitment dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak berjaya mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku kepada residen KP. Two tumbs up to all.

CHARITY CAR WASH

Posted by ppkp50 25 July 2010 0 comments

Seperti yang diwar2kan sebelum ini, program Charity Car Wash bagi mendapatkan Fund untuk penganjuran KP Family Day berjaya di anjurkan dengan jayanya pada 24 July 2010 lepas. Tahniah dan Terima Kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Pihak Persatuan Penduduk amat berbesar hati di atas penglibatan anda semua dalam menjayakan program ini. Sekalung Tahniah kepada Commitee Members yang berusaha keras untuk merialisasikan program ini. Anda semua telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk kita gapai, dimana ada kesungguhan di situ ada kejayaan. Untuk semua Students yang terlibat, Terima kasih diatas sumbangan tenaga anda kepada komuniti Kulim Perdana. Anda sebahagian dari kami.

The Students bersama dengan Taukeh Coklat - En Zamri

Ladies student berposing dihadapan banner program.

Students bersama dgn AJK Persatuan - Azharhadi, Bro Zub and Shukor
Motor pun tehy all buat inspection, nak apa lagi...!
Lokasi program.

Izam dan Yatim sedang tekun menyuci kereta Mr. Vick
Work hard.

Orang penting dibelakang program.

Sekian - Jumpa Lagi di lain masa.

BLOG BERWAJAH BARU

Posted by ppkp50 22 July 2010 0 comments




Blog berwajah baru. Selamat Datang ke dimensi baru - your input and comment are WELCOME

UPCOMING EVENTS


| KERJASAMA ANDA UNTUK MENJELASKAN YURAN KESELAMATAN AMATLAH DIHARGAI.. Bersama kita menjaga keselamatan kita untuk kita bersama.. | TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG SUDI MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS FAMILY DAY DAN JAMUA HARI RAYA 2010| Sokongan Anda Amat Dihargai|

FAMILY DAY 2010 - Video